
Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
“Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.”
Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
“Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.” [click to continue…]

Doa Demam Panas
Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023) [click to continue…]

Air kosong boleh menyembuhkan kanser, darah tinggi, diabetes, sembelit, tuberculosis, dan pelbagai penyakit lain. Anda sudah tentu sukar mempercayainya. Saya juga agak skeptikal.
Menurut sumber internet, amalan minum air kosong atau digelar terapi air kini sangat popular di Jepun. Terapi ini telah terbukti sukses dan berkesan oleh sekumpulan pakar perubatan Jepun untuk menyembuhkan penyakit kronik dan penyakit ringan.
Menurut kajian, waktu terbaik untuk minum air adalah sejurus bangun daripada tidur. Dengan kata lain, anda minum air pada waktu perut masih lagi kosong. [click to continue…]